Pages

Wednesday 30 March 2011

6 LANGKAH UNTUK BERJAYA DALAM BLOGGING

Langkah yang 1: Suara

Blog yang terbaik adalah anda perlu menyampaikan maklumat anda dengan jelas, kerana blog lebih kepada perbualan. Anda perlu menyampaikan maklumat kepada pembaca seolah-olah anda berinteraksi dengan mereka. Blog juga akan menempatkan wajah seseorang atau syarikat. Suara yang jelas akan membantu kualiti keperibadian professional anda atau syarikat anda. Untuk memperjelaskan lagi penulisan blog anda, anda perlulah berfikir dari segi perspektif pengguna. Selitkanlah dengan topik-topik seperti hiburan, lawak jenaka dan sebagainya. Sebuah blog suara yang bagus adalah tidak serius dan lebih kepada perbualan, ramah, dan infomatif.

Langkah yang 2: Tema
Blog yang terbaik adalah mempunyai perhubungan antara fakta dan pendapat. Tidak peduli apa jenis tema pun, pembaca inginkan perspektif daripada blog anda. Anda boleh berkongsi idea dan pendapat lebih daripada produk yang ditawarkan. Ia akan membuatkan pembaca merasakan bahawa mereka tidak hanya berkaitan dengan produk anda sahaja, mereka juga dapat berinteraksi dengan anda.

Langkah yang 3: Isi

Blog yang terbaik adalah mempunyai artikel yang menarik, ringkas, lengkap, dan maklumat yang berguna seperti yang berbunyi “kandungan adalah raja”. Blog yang terbaik adalah post blog yang singkat, manis, dan terus kepada point yang ingin di sampaikan. Blog yang terbaik juga tidak semestinya menjadi penulis yang profesional, sebaliknya mereka boleh berkongsi teknik, nasihat, atau post link kepada website yang lain yang lebih besar dan lebih bagus.

Langkah yang 4: Reka bentuk


Blog yang terbaik adalah mempunyai reka bentuk yang baik. Kerana reka bentuk merupakan faktor yang penting dalam website. Anda boleh menyuruh pereka profesional untuk mereka blog anda. Reka bentuk blog yang baik mesti ada logo, widget RSS,  dan facebook untuk menambahkan interaktiviti blog anda.

Langkah yang 5: mesin carian pengoptimuman (search engine optimization- SEO)

Blog yang terbaik adalah mengutamakan perkataan yang menjadi kata kunci. Menulis artikel, tajuk utama, label, dan hyperlinks untuk membuat blog berada dalam keadaan sedia untuk dicari. Menggunakan kata kunci yang menjelaskan tentang produk atau perkhidmatan anda. Seperti tajuk utama artikel.

Langkah yang 6: Liputan luar (outreach)

Blog yang terbaik adalah melakukan pemasaran web diluar liputan untuk membina lalu lintas dan dapat menarik pembaca. Buat perancangan ke liputan luar seperti:
  • Mengumumkan blog baru anda melalui laman web sosial seperti Facebook & Twitter.
  • Membuat perkongsian blog anda dengan blogger yang lain.
  • Menawarkan kepada tetamu untuk menulis diblog atau website lain untuk menigkatkan lalu lintas kembali ke blog anda.
  • Lengkapkan blog dengan widget untuk memudahkan pembaca melanggan ke blog anda melalui e-mel atau RSS feed. Letakkan widget tersebut di halaman depan blog anda supaya mudah untuk diakses.

0 comments:

Post a Comment